10/10 service by Lombok Experience.
Waktu merancang, Ica (customer service) sangat bagus melayan kami. Semua disiapkan baik by Ica, dari itinerary, costing dan advices..saya paling suka kerana Ica sangat-sangat responsive, cepat dan teramat friendly dan mesra, saya tak pernah risau dari segi planning kerana dapat bantuan Ica👍🏻 10/10 customer service, boleh dikatakan one of the best customer service experience yang saya pernah dapat 👍🏻👍🏻
Di sana, saya dijaga oleh Wisnu dan Pak Aji selama 6 haru. Boleh dikatakan waktu kami di sana selesa kerana dijaga sangat bagus oleh mereka.
Pak Aji - sangat ambil berat tentang tetamu. Sentiasa tanya khabar, kesihatan dan experience kami daily untuk pastikan semua okay. Sangat ramah juga, selalu ajak borak dan buat ketawa. Perjalanan jauh dan berjam-jam kami tidak bosan sebab Pak Aji 😄🙏🏻
Wisnu - Tour guide yang sangat mantap, sentiasa ceria melayan karenah kami. Sentiasa buat yang terbaik untik memastikan kami puas hati, dari segi foto, video dan overall experience. Wisnu sanggup juga personally hantar makanan ke hotel kami pada waktu malam untuk pastikan kami makan dan makananannya still panas, which we really appreciate🙏🏻 Tukar duit pon boleh dia tolong keluarkan😄
Serba boleh 😂
Kalau usia kalian 20-30an, ya akan seronok sama Wisnu kerana boleh buat kawan dan ajak borak hahah.
Terima kasih ya Wisnu dan Pak Aji. InshaAllah saya akan ke Sumbawa dalam masa akan datang, saya akan request mereka berdua lagi ☺️✨.